Siapakah Kita…?

Siapakah orang yang paling sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai tugas yang lebih penting dan harus diselesaikan terlebih dahulu selain dari urusan dengan Allah… Padahal apabila matinya mereka nanti perkara yang paling pertama sekali akan dihisab adalah amalan solatnya….

Siapakah orang yang paling manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lalai dengan kenikmatan dunia.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada senantiasa menumpuk-numpukkan harta. Seolah olah hartanya itu boleh dibawa mati bersama… Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Mereka ini masih melengah lengahkan waktu solatnya dan masih berkata dalam hatinya.. ” Esok tua saja aku bertaubatnya”…!!! Sedang ajal dan maut mereka belum tentu akan sampai pada hari tua. Entah esok ataupun lusa malaikat Izrail akan datang untuk menjemput kita.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Tidak mencaci cela dan memaki namun mengikut hati dan perasaan hawa nafsu marahnya sahaja. Sebaliknya menyelesaikan segala masalah dengan tawakkal beserta hati yang tenang dan terbuka. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. Sambil berkata.. “Inilah balasan atas apa yang kamu kerjakan di dunia dahulu”

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal dan fikiran warasnya sewaktu di dunia dahulu untuk menghindari siksa api neraka.

Siapakah orang yang pelit ? Orang yg pelit ialah org yang membiarkan atau membuang tulisan ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain. Pesanan Nabi Muhammad S.A.W “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat”

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: