Perkembangan Islam

PERKEMBANGAN ISLAM
PADA MASA KHULAFA AL-RASYIDIN

Diberikan Untuk Memenuhi Salah Satu Tugas Pribadi
Dengan Mata Kuliah : MSI
Dosen Pengajar : Gunawan Anjar S.Ag

Oleh :
Nama : Endin Surya Solehudin
NIM : 04.01.3054

PROGRAM STUDI S.1
FAKULTAS TARBIYAH JURUSAN PGPAI
SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM ( STAI ) TASIKMALAYA
2008

Daftar Isi

Kata Pengantar
Daftar Isi
BAB I PENDAHULUAN
A. Latar Belakang Masalah
B. Perumusan Masalah
C. Tujuan Penelitian
D. Metode Penelitian
BAB II PERKEMBANGAN ISLAM PADA MASA KHULAFA AL-RASYIDIN
A. Pengertian Khulafa Ar-Rasyidin
B. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
C. Khalifah Umar Bin Khottob
D. Khalifah Utsman Bin Affan
E. Khalifah Ali Bin Abi Thalib
F. Kronologi Khulafa al-Rasyidin
BAB II PENUTUP
A. Kesimpulan ( Analisis Kesimpulan )
B. Saran-Saran
DAFTAR PUSTAKA

Kata Pengantar

Alhamdulillah, Puji syukur kita panjatkan kehadirat Allah SWT yang telah memberikan berbagai macam nikmat baik nikmat iman, nikmat Islam dan juga nikmat kesehatan, Alhamdulillah dengan hidayah dan irodah-NYA kami bisa menyelesaikan makalah ini dengan lancar. Solawat dan salam semoga tercurah kepada uswah hasanah kita yakni Nabi besar Muhammad SAW. Kepada keluarganya, shabatnya dan semoga kepada kita sebagai pengikut yang setia sampai akhir zaman .
Makalah ini kami beri judul ‘’ PERKEMBANGAN ISLAM PADA MASA KHULAFA AL-RASYIDIN ’’ dari mata kuliah ilmu kalam dengan dosen pengajar GUNAWAN ANJAR S,Ag. Tidak lupa pula kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam penyelesaian makalah ini.
Akhirnya kami mohon maaf apabila dalam penulisan makalah ini banyak kesalahan dan kami mohon kritik dan saran untuk perbaikan di masa yang akan datang.

Tasikmalaya, Januari 2008

Penulis

BAB I

PENDAHULUAN

A. Latar Belakang Masalah

Bahwasannya Islam pada zaman Rosul dan Para Sahabat adalah merupakan Islam pada zaman keemasan, hal itu bias terlihat bagaimana kemurnian Islam itu sendiri dengan adanya pelaku dan factor utamanya yaitu Rosulullah SAW. Kemudian pada zaman para shahabat terkhusus pada zaman khalifah yang empat atau yang lebih terkenal dengan sebutan Khulafa Al-Rasyidin Islam berkembang dengan pesat dimana hamper 2/3 bumi ini hamper dipegang dan dikendalikan oleh islam. Hal itu tentunya tidak terlepas dari para pejuang yang sangat gigih dalam mempertahankan dan juga dalam menyebarkan islam sebagai agama Tauhid yang diridlai. Perkembangan islam pada zaman inilah merupakan titik tolak perubahan peradaban kearah yang lebih maju. Maka tidak heran para sejarawan mencatat bahwa islam pada zaman awal ( sahabat ) merupakan islam yang luar biasa pengaruhnya. Namun yang terkadang menjadi pertanyaan adalah kenapa pada zaman sekarang ini seolah kita melupakannya. Maka oleh karena itu perlu kiranya kita melihat kembali dan mengkaji kembali bagaimana sejarah islam yang sebenarnya.
B. Perumusan Masalah
Setelah memperhatikan permasahan diatas agar tidak terjadi kesimpang siuran dalam penyusunan makalah ini, maka saya merumuskan masalah sebagai berikut :
1. Pengertian Khulafa Ar-Rasyidin
2. Kepemimpinan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
3. Kepemimpinan Khalifah Umar Bin Khottob
4. Kepemimpinan Khalifah Utsman Bin Affan
5. Kepemimpinan Khalifah Ali Bin Abi Thalib
6. Kronologi Khulafa Al-Rasyidin
C. Tujuan Penulisan
Adapun tujuan penulisan dalam membahas masalah ini adalah untuk mengetahui bagaimana :
1. Pengertian Khulafa Ar-Rasyidin
2. Kepemimpinan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
3. Kepemimpinan Khalifah Umar Bin Khottob
4. Kepemimpinan Khalifah Utsman Bin Affan
5. Kepemimpinan Khalifah Ali Bin Abi Thalib
6. Kronologi Khulafa Al-Rasyidin

D. Metode Penulisan
Metode yang digunakan adalah metode kepustakaan yaitu memberikan gambaran tentang materi materi yang berhubungan dengan permasalahan melalui literature buku buku yang tersedia

BAB II
PERKEMBANGAN ISLAM PADA MASA KHULAFA AL-RASYIDIN

A. Pengertian Khulafa Al-Rasyidin
Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) berarti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:
Saidina Abu Bakar, 632-634 M
Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
Saidina Uthman Affan, 644-656 M
Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

B. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
a. Menjadi Khalifah Pertama
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
b. Ekspedisi ke Utara
Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
c. Pengumpulan Al Quran
Menurut ahli sejarah Islam, selepas Perang Riddah ramai orang yang mahir menghafaz Al Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat Al Quran. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan Al Quran semasa beliau menjadi khalifah.
d. Kewafatan Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru. Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.
e. Sumbangan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat Al Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

C. Khalifah Umar al-Khatab
a. Pemerintahan Saidina Umar
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina. Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.
b. Wafatnya Saidina Umar
Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu’lu’ah. Abu Lu’lu’ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.
Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya..

D. Khalifah Uthman Affan
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik & urusan dagangan. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Saidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.

E. Khalifah Ali
Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.
Terjadi dua perang saudara semasa pemerintahan Saidina Ali iaitu Perang Jamal (Perang Unta) antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Aishah, Zubair & Talhah yang mengakibatkan Zubair & Talhah terkorban sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua. Saidina Ali wafat pada tahun 661 akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh.

F. Kronologi Khulafa al-Rasyidin
1. 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
2. 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
3. 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
4. 635M- Penawanan Madain.
5. 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
6. 637M- Mesir ditawan.
7. 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
8. 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
9. 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
10. 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
11. 646M- Kempen menentang Byzantine.
12. 647M- Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
13. 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
14. 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
15. 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
16. 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
17. 661M- Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

BAB III
PENUTUP
A. Kesimpulan
Dari beberapa pembahasan mengenai Perkembangan Islam Pada Masa Khulafa Al-Risyidin diatas maka dapat diambil beberapa kesimpulan yang diantaranya :
1. Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) berarti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus Adapun maksudnya disini adalah empat Khalifah Shahabat Nabi yaitu Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali ra
2. Pada Masa pemerintahan Abu Bakar Islam berkembang dengan melalui penyebaran langsung ketempat dimana belum ada penduduk yang beragama Islam. Pada masa ini pula Al-quran dikumpulkan dan ini pula merupakan jasa pemerintahan pada zaman beliau
3. Pada Masa Umar ( Masa Penguatan Pondasi Islam ), Utsman ( Masa Pembukuan Al-quran ) dan Ali, Islam sudah sangat tersebar luas diwilayah wilayah selain diwilayah jazirah arab itu sendiri. Dimana pada masa beliau beliau adalah merupakan tindak lanjut dari proses penyebaran Islam sebelumnya.
4. Adapun kronologis khulafaurrasyidin adalah sejak wafatnya Nabi Muhammad SAW sampai dengan masa khalifah Ali bin Abi Thalib dengan berbagai macam rentetan peristiwa yang terjadi pada setiap masanya.
Sehingga dari berbagai macam analisis kesimpulan diatas bisa dikatakan bahwa Islam berkembang pada masa khulafaurrasyidin melalui beberapa aspek pendekatan yang diantaranya adalah pendekatan da’wah yang meliputi da’wah dengan lisan ( diplomasi ) dan juga perbuatan ( pertempuran )
B. Saran- Saran
Adapun saran yang bisa saya berikan :
1. kepada semua sidang pembaca bila mendapat kekeliruan dalam makalah ini harap bisa meluruskannya.
2. untuk supaya bisa membaca kembali literatur-literatur yang berkenaan dengan pembahasan ini sehingga diharapkan akan bias lebih menyempurnakan kembali pembahasan materi dalam makalah ini.

DAFTAR PUSTAKA
1. Nasution,Harun : Filsafat Pendidikan Islam 1982 Jakarta.
2. Sejarah Peradaban Islam, Buku Panduan Madrasah Aliyah Kelas XII
3. Sejarah Perjuangan Umat Islam
4. Khulasoh ( Sejarah Tarikh Islam : Buku Panduan MDA Kelas 1-6 )

Satu Tanggapan

  1. Assalakmualaikum wr wb
    kekuatan apakah yg membuat khulataur Rasyidin ini berjaya? apakah kekuatan tentara? kekuatan senjata? kekuatan teknologi? kekuatan ekonomi? atau kekuatan lain yg ..???
    coba antum gali lebih dalam lagi
    kenapa Khalid bin walid bisa menang dengan 60 org Sahabat
    untuk menghancurkan tentara bayaran Rumawi yg berjumlah 60.000 org
    dan kemenangan itu bisa diraih dalam 1 hari bahkan sebelum masuk waktu sholat ashar.
    baca referensi terkait
    http://nubuwah.wordpress.com

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: